Kelayakan / Pengalaman
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination).
- Berpengalaman mengendalikan kes-kes litigasi dan kes di bawah Akta Syarikat 2016.
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
Bidang Tugas
- Membantu Penasihat Undang-Undang mengenai hal ehwal undang-undang berkaitan dengan ANGKASA dan gerakan koperasi kepada Lembaga dan pengurusan ANGKASA.
- Melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh Penasihat Undang-Undang.
- Bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan perundangan ANGKASA termasuklah penasihatan, gubalan dokumen perundangan, surat cara dan transaksi perundangan, litigasi dan tatatertib berkaitan Lembaga, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri, Pengurusan, dan kakitangan ANGKASA.
- Menyediakan laporan mengenai mesyuarat, seminar, konvensyen atau persidangan yang dihadiri mewakili ANGKASA sama ada dengan kementerian, agensi kerajaan atau badan berkanun di dalam atau luar negara.
Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan danmenyatakan jawatan yang dipohon berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang
mengandungi gambar, maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/1 Peti
Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor
(U/P : Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)
Melalui e-mel : [email protected]
* Hanya resume yang lengkap bersama sijil-sijil berkaitan sahaja akan diutamakan.